Islam dan Sistem Feudalisme

Di Tahun 1953 setelah terbitnya buku dari ulama termasyhur yaitu Muhammad Qutb ada seorang siswa yang mengatakan bahwasanya islam adalah sebuah sistem Feodalisme sehingga mendapatkan gelar M.A.

Mungkin siswa itu
jahil atau mempunyai niat yang tidak baik terhadap Islam. Tetapi mengapa pula mahaguru-mahaguru itu ikut terlibat sama? Mengapa mereka sanggup turun ke darjah yang begitu dangkal dalam memahami sistem-sistem masyarakat. ekonomi dan hakikat-hakikat sejarah?

Tetapi ketakjuban yang menyelubungi saya itu tidak lama kemudian hilang apabila saya
terkenang siapakah sebenarnya para mahaguru yang mulia itu. Mereka adalah satu generasi yang telah dibentuk penjajah untuk menyesatkan generasi-generasi yang datang. Mereka adalah golongan yang dididik oleh Dunlop (Dunlop seorang pegawai Inggeris yang ditugaskan merancang dan melaksanakan dasar-dasar pelajaran di Mesir) dan diantar ke Eropah untuk menambah ilmu pengetahuan mereka sedangkan yang sebenarnya yg mereka ingin capai itu merupakan satu strategi untuk menjauhkan mereka dan unsur-unsur kebudayaan dan keperibadian mereka yang sebenar, malah untuk menjadikan mereka jejek dan memandang rendah kepada diri mereka sendiri, memandang hina kepada sejarah mereka dan kepada agama mereka. Bertolak dan hakikat ini tidaklah kita takjub mengapa mereka sanggup melakukan penyelewengan sedemikian besar.

ciri-ciri asasi feudalisma yang berikut
Pertama: Adanya kerakyatan atau perhambaan tanah serfdom yang tetap.

Kedua: Adanya kewajipan tertentu yang harus dilaksanakan oleh kaum peladang
terhadap tuan-tuan tanah, iaitu termasuk:
(1) Perkhidmatan paksa yang percuma sehari seminggu di dalam tanah-tanah tuan
tanah.
(2) Perkhidmatan paksa percuma di musim-musim menuai.
(3) Persembahan hadiah-hadiah di hari-hari raya dan hari-hari besar di mana kaum
peladang yang miskin mempersembahkan hadiah kepada tuan tanah yang kaya raya.
(4) Mengisarkan biji di pengisar yang disediakan oleh tuan tanah (di sini sengaja kita tidak sebutkan kewajipan memerahkan anggur-anggur di tempat pemerahan yang disediakan oleh tuan tanah kerana pembikinan arak diharam di dalam Islam).

Ketiga: Tuan tanah mempunyai hak yang mutlak dalam menentukan kadar kawasan
tanah yang diberikan kepada setiap kaum peladang juga kadar perkhidmatan dan cukai yang dikenakan ke atas mereka.

Keempat: Tuan tanah mempunyai hak menjalankan pemerintahan dan pengadilan diatas kaum peladang yang mendiami tanahnya mengikut undang.undang dan peraturan pilihannya sendiri tanpa tertunduk kepada satu undang-undang umum yang tetap.

Kelima: Kaum peladang terpaksa membeli kemerdekaan dengan wang ketika sistem
feudalisma mulai menghadapi keruntuhan.

Telitilah ciri-ciri feudalisma ini kemudian bandingkanlah dengan ciri-ciri yang terdapat
di dalam sistem Islam. kerana sejarah Islam memang terbuka kepada semua orang.

Komentar